BANTAL KEKABU KUALA KANGSAR.

BANTAL KEKABU KUALA KANGSAR.

Bantal kekabu Kuala Kangsar merupakan antara carian bantal kekabu paling popular pada masa kini.  Jika anda pernah membeli bantal kekabu di mana-mana cawangan pasaraya Mydin atau pasaraya Sakan, mungkin anda sudah pun membawa pulang bantal kekabu  keluaran Kekabu Bonda ke rumah anda.

 bantal kekabu Kuala Kangsar - Mydin

Jenama Kekabu Bonda bukanlah nama baru di pasaran tempatan. Bermula pada tahun 2002 sehingga kini sebanyak 30 cawangan telah dibuka di seluruh Malaysia. Taip sahaja kata carian ‘ Kekabu Bonda’ di Google, kita akan jumpa maklumat tentang perniagaan ini.

 

Namun apa yang membuatkan bantal kekabu Kuala Kangsar menjadi pilihan ramai pengguna sejak hampir 20 tahun lalu? 

 

Keistimewaan Bantal Kekabu Kuala Kangsar 


Antara keistimewaan bantal kekabu Kuala Kangsar keluaran Kekabu Bonda ialah keaslian kekabu yang 100% organik, hipoalergenik dan mengekalkan elemen tradisional.  Anda mungkin setuju bahawa bantal kekabu memiliki lebih tinggi nilai sentimental.  

 Bantal Kekabu Kuala Kangsar - Kekabu Bonda

Zaman kanak-kanak kita membesar dengan bantal yang sejuk, nyaman dan mempunyai bau harum yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Ditambah pula dengan memori tidur lena  bertemankan bantal kegemaran, kita seolah-olah menyimpan nostalgia sebuah kisah keluarga di dalam setiap bantal empuk  yang masih disimpan sehingga kini.

 

Bantal kekabu tahan lama seperti dinyatakan dari sumber artikel Harian Metro. Bantal dan tilam kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun jika dijaga dengan rapi, dijauhkan dari air, dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.  Adakah anda seperti kami yang masih menyimpan bantal yang sama sejak sekian lama?

 

Bantal Kekabu Kuala Kangsar -Kembali Kepada Alam Semulajadi.

 

Memiliki bantal kekabu keluaran Kekabu Bonda seakan anda berada paling hampir dengan alam semulajadi. Oleh kerana kualiti kekabu bergantung kepada cara dan proses mengasingkannya daripada biji dan empulur,  kami  masih  mengekalkan teknik pemprosesan separa manual untuk mengekalkan keaslian setiap bantal dan tilam yang dihasilkan.

 

Dari pilihan jenis bantal hotel untuk kegunaan perhotelan  sehingga ke pilihan bantal gunaan harian, Kekabu Bonda pasti lebih selesa ,empuk dan sejuk berbanding bantal kain biasa dan bantal sintetik yang lain.

 bantal kekabu bonda 11.png

Potensi Pasaran  Bantal Kekabu Kuala Kangsar.

 

Perniagaan bantal kekabu mungkin kedengaran seperti perniagaan produk yang biasa. Namun potensi produk ini begitu luas sehingga syarikat Kekabu Bonda bakal mengeksport bantal kekabu ke pasaran antarabangsa.

 Sejadah Kekabu - Kekabu Bonda

Antara produk istimewa yang dipasarkan di pasaran Timur Tengah ialah sejadah kekabu  yang digunakan untuk solat, bersifat tahan lama dan sesuai dijadikan cenderahati. Sejadah kekabu ternyata  menepati keperluan jemaah untuk menunaikan ibadat lebih lama dan selesa. 

 

Selepas Singapura dan Brunei,  Jepun merupakan antara senarai pasaran yang mempunyai potensi tinggi kerana budaya masyarakat yang mengutamakan kesihatan dan bantal kekabu Kuala Kangsar ini ialah 100% organik. 

 

Memulakan Perniagaan Bantal Kekabu Jenama Sendiri.

 

Jika anda berminat  sebagai pemborong atau pemilik jenama sendiri, pihak kami menerima pesanan pembelian secara borong 1000-10000 unit dan ke atas tanpa caj penghantaran seluruh Malaysia.

 

Jemput singgah ke kilang Kekabu Bonda yang beroperasi di alamat Lot 770 Bendang Ujib, Kati, 33020 Kuala Kangsar,  Perak dan boleh juga hubungi kami melalui:

Email : [email protected]

Pejabat : +6057521579 / +6057520141

PIC (Cik Mimi)    : +60135080569

 

Sertai kami di media sosial:

 

Facebook : BantalKekabuBonda

Instagram : @Bonda.hq  @KekabuBonda

Tik Tok : @BantalKekabuBonda    

Dan layari laman web kekabubonda.com 

Shopping di aplikasi Shopee