KELEBIHAN BANTAL KEKABU
Kekabu mempunyai banyak kelebihan. Sebab itulah kekabu sangat sesuai dijadikan bahan utama dalam bantal dan tilam tidak kira untuk apa peringkat usia. Antara kelebihan kekabu ialah :
i) Kekabu ialah gentian semulajadi anugerah Allah kepada kita semua sejak wujudnya alam dunia ini. Kekabu bukannya gentian sintetik ciptaan akal manusia seperti poliester yang terbatas keupayaannya, maka gentian sintetik tersebut sudah tentu mempunyai banyak kelemahan.
ii) Kekabu tidak menyimpan haba. Maka bantal kekabu tidak panas.
iii) Kekabu lembut dan mudah digebukan semula. Caranya ialah dengan menjemur bantal atau tilam kekabu di bawah sinaran matahari, kemudian ditepuk-tepuk dengan tapak tangan atau dipukul dengan kayu.
iv) Produk berasaskan kekabu tahan lama, mungkin boleh menjangkau 20 tahun atau lebih. Saya tengok di rumah pusaka Allahyarhamah moyang saya, bantal dan tilam kekabu buatan tangannya masih elok.
v) Tilam kekabu sangat baik untuk sokongan dan pembentukan tulang belakang. Tengok orang dulu... kuat, tegap, tegak, sihat dan cergas. Bayi yang tidur atas tilam kekabu akan cantik postur badannya malah akan lebih cergas dan sihat kerana memiliki tulang belakang yang sempurna. Tapi sekarang para ibu cenderung membeli tilam bergentian sintetik kerana lembut. Ingat : kelembutan tidak sesuai untuk pembentukan tulang belakang.
vi) Kekabu tahan rintang terhadap serangan serangga seperti pijat dan bakteria. Serangga dan kulat tidak sesuai hidup dalam kekabu kerana tiada kelembapan pada kekabu.
vii) Kekabu bersifat tidak toksik kerana tidak mengandungi bahan kimia tambahan. Maka kekabu tidak memberikan kesan sampingan yang negatif kepada si penggunanya.
viii) Kekabu adalah ringan iaitu 7 kali kurang tumpat daripada kapas.